Kurang vitamin D punca tulang lemah

"SUSU? Uwekkk..tak mahu..tak suka..tak nak!". Ramai ibu bapa yang menghadapi penolakan sedemikian apabila anak-anak disuruh minum susu. Keengganan anak minum susu ada kalanya membuatkan ibu bapa berasa risau. Mungkin kerana sering dimomok-momokkan jika anak kurang susu, boleh mengakibatkan masalah tulang akibat kekurangan kalsium. Bagaimanapun, menurut Dr Lim Hin Fui penulis buku Makanan Sihat Sebagai Ubat, kalsium dan protein juga boleh didapati daripada sumber-sumber makanan yang lain. Usah terlalu bimbang sekiranya anak tidak mahu minum susu. Paling penting ibu bapa memastikan anak mereka mendapat sumber protein dan kalsium daripada pemakanan berkhasiat dan seimbang yang lain agar mereka tidak mengalami masalah kurang nutrisi. Kajian yang dilakukan oleh Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) menunjukkan 2 sajian susu sehari yang dijadikan sebahagian daripada pemakanan sihat untuk anak dapat membantu menangani jurang perbezaan nutrisi di kalangan kanak-kanak di negara ini.
Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia yang juga Ketua Program Pemakanan Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, UKM Profesor Dr Norimah Karim, susu adalah minuman yang berkhasiat yang mudah didapati. Ia boleh dinikmati dengan segera, bersama makanan dan minuman yang lain, selain ia juga sesuai dinikmati oleh seisi keluarga. Penemuan Seanuts dalam kajiannya menunjukkan bahawa hampir separuh daripada kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan Vitamin D manakala 1 daripada 20 orang mengalami masalah kekurangan nutrisi. "Untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrisi, adalah penting untuk mereka minum 2 sajian susu setiap hari bagi memastikan mereka mendapat nutrisi penting yang diperlukan," jelas Prof Dr Normah dalam program Kempen Dua Susu Sehari: Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda anjuran bersama Dutch Lady Malaysia dan Persatuan Pemakanan Malaysia. - See more

No comments:

Post a Comment