Fasha Ajar Anak Besederhana


gambar terbaru Fasha 
Setiap pasangan sudah tentu mahukan yang terbaik buat anak mereka. Begitu juga dengan Fasha dan suami yang tidak mahu memanjakan anaknya dengan kemewahan sebaliknya hanya memberikan keperluan yang mencukupi saja.

Menurut sumber, Fasha lebih gemar untuk memgajar anaknya untuk berdikari selain belajar dari pengalaman hidup yang lama. Dalam pada itu, Fasha mengaku dia dibesarkan tanpa bantuan bapa membuatkan dirinya lebih kuat dan tidak mudah ditindas.


Sebagai contoh, dia hanya memberi kemudahan seperti gajet atau alat telekomunikasi hanya untuk tujuan pembelajaran, dan bukan untuk kemewahan. Pasangan ini turut berharap mereka mampu untuk mendidik anak dengan cara besederhana agar apabila dewasa kelak anak-anaknya lebih menghargai kesusahan yang pernah mereka lalui dahulu.

Semoga Fasha dan keluarga akan dimurahkan rezeki dan mana tahu anak-anaknya bakal menerima adik baru kelak. Amin.

sinar.fm

No comments:

Post a Comment