Ayda Jebat tidak mahu komen apa apa tentang Baju Pengantin Lana Nordin

“Saya memang tidak mahu komen apa-apa. Semua orang tidak akan mendapat apa-apa komen pun daripada saya,” kata pelakon Ayda Jebat apabila diminta mengulas berhubung kontroversi busana pengantin Lana Nodin yang dipakainya sehingga mendapat pertikaian daripada pelakon yang mendapat jolokan Pamela Anderson Malaysia itu.
 Siapa Diriku - Ayda Jebat

 Baju perkahwinan Lana Nordin dipakai oleh Ayda Jebat

Gambar Ayda Jebat

Baru-baru ini, Lana meluahkan rasa terkilan apabila busana yang digayakan pada hari bersejarahnya pada 15 Mei lalu diguna pakai oleh Ayda. Difahamkan, busana rekaan pereka fesyen Aitelia Amani itu dipakai oleh pelakon drama ‘Rindu Awak 200%’ tersebut sewaktu menjayakan satu rakaman iklan bagi program ‘Juara Parodi’ di Astro.
Isteri kepada Mohd Daud McKienzie ini juga melahirkan rasa kesal kerana baju pengantin yang disifatkan sangat istimewa buat dirinya itu sepatutnya digayakan di majlis hebat dan bukan hanya sekadar untuk program televisyen sahaja.
“Saya memang tahu itu baju yang pernah dipakai kak Lana ketika majlis perkahwinannya dan saya tanya pereka baju itu sama ada baju tersebut milik kak Lana atau baju rekaannya yang disimpan di butik. Saya dah tanya elok-elok kepada pereka dan dia kata tiada masalah dan okay, jadi saya pun okaylah. Lagipun, waktu itu saya memang dah agak last minute mencari baju kerana lusanya dah nak pakai baju untuk shooting iklan Aura White Gold Collagen,” jelas Ayda kepada Tonton Extra.
“Kalau dia rasa saya salah, biarkanlah. Bukannya saya tak terkejut dengan kenyataan pihak sana, cuma saya tak pasti di mana silapnya. Sebab itulah saya tak nak komen banyak kerana tak mahu memanjangkan isu ini. Lagipun, saya tidak boleh nak komen sebab itu bukan baju saya. sumber

No comments:

Post a Comment