12 Perkara Menarik Gegar Vaganza 2 Minggu Ke-4

12 Perkara Menarik Gegar Vaganza 2 Minggu Ke-4

Minggu ke-4 Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ nyata mengegarkan Auditorium MBSA dan juga penonton di rumah.
Berduet dengan penyanyi-penyanyi ternama negara amat menghiburkan serta menusuk gegendang telinga yang mendengarnya.
Lagu-lagu duet yang dinyanyikan peserta Gegar Vaganza telah berjaya mengembalikan memori silam terutama lagu Memori Kekasih hasil nyanyian Siti Nordiana dan Lan Kristal
Kini, hanya tinggal 9 sahaja peserta yang akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan ‘Hits Vaganza'.
Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 12 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu keempat GegarVaganza.
1.   Sudah minggu ke-4 Auditorium tetap dibanjiri dengan limpahan penonton yang luar biasa. Namun ia berjaya dikawal oleh pihak produksi agar mereka memperoleh tempat duduk yang selesa.
2.  Pengurus pentas seperti biasa akan membuat ‘rehearsal’ dengan penonton di Auditorium untuk membuat ombak manusia terutama bagi penonton  yang berada di level atas. 


3.   Kebanyakan artis mahupun selebriti membawa kenalan sekitar satu atau 2 orang memenuhi ruang kerusi di Auditorium.
4.   Pelakon wanita Yasmin Hamid bawa kawan lelakinya tetapi siapakah lelaki itu?
5.   Kelab peminat Datuk AC Mizal tidak mengecewakan kerana berjaya mengubah Auditorium kepada Stadium.
6.   Gimik jeritan filem seram Hollywood iaitu Chucky menjadi viral dalam Auditorium
7.   Nabil mengusik Jaafar Onn sebagai ahli Puteri Umno kerana dia memakai sut serba merah jambu.
8.   Jihan mengusik Nabil mengenai telinga capangnya yang sudah lohong ketika ‘commercial break’
9.  Nabil ternyata adalah hos yang sangat nakal apabila mengusik Sheeda yang terlupa nak ucap selamat hari lahir kepada suaminya ketika ‘commercial break’.
10.  Kelab penyokong peserta Gegar Vaganza sanggup menunggu penyanyi kesayangan mereka sehingga pukul 1 pagi ke atas, semata-mata untuk mengambil gambar secara selfie mahupun berkumpulan.
11. Persembahan paling mantap minggu ke-4 ialah Siti Nordiana, Faradhiya dan Acong dengan pasangan duet masing-masing
12. Misha Omar berjaya memukau penonton apabila karakter nyanyiannya telah mengimbas kembali memori Misha ketika membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) beberapa tahun yang lalu. kredit to www

No comments:

Post a Comment