Hamidah juara Da’i musim ketiga

Hamidah Juara Da'i 2015

SELEPAS sembilan minggu bersiaran, program realiti Da’i Pendakwah Milenia menobatkan Da’i Hamidah sebagai juara baharu rancangan tersebut.
Hamidah atau nama lengkapnya, Hamidah Ab. Razak, 23, berkata, dia tidak menjangkakan kemenangannya pada malam itu memandangkan dua lagi finalis, Da’i Fuad dan Da’i Hidayu turut menampilkan persembahan yang hebat.
“Sejujurnya, saya langsung tidak menjangka kemenangan ini. Tambahan pula, Fuad dan Hidayu mempunyai kekuatan dan keunikan penyampaian tazkirah yang tersendiri.

Fara Mendoza kemalangan lepas terpulas kuat



KUALA LUMPUR 19 Okt. - Pelakon kontroversi Fara Mendoza, 25, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pukul 4 pagi tadi berada dalam keadaan sihat dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Fara atau nama sebenarnya Noor Faralina Md. Yunus berkata, kemalangan yang berlaku di Jalan Syed Putra itu menyebabkan keretanya mengalami kerosakan teruk dan dia turut memuat naik gambar kemalangan tersebut di laman Instagram miliknya.

“Saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Setapak, selepas habis perbincangan tentang perniagaan dari Subang. Dalam perjalanan berhampiran Jalan Syed Putra, ada sebuah kereta dari belakang yang cara pemanduannya tidak betul, jadi saya cuba mengelak ke kiri. 

Rani Kulup sokong pemilik Range Rover pukul Bangla



FIGURA yang popular dengan tagline #kipidap (keep it up), Abdul Rani Kulup tampil menyokong dan mempertahankan tindakan pemilik Range Rover yang dirakam memukul pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana, Selangor baru-baru ini ekoran dikatakan bersikap kurang ajar dan mengotori kenderaannya.

Sebaliknya, ‘Raja Report Malaysia’ ini menyifatkan bahawa pekerja berkenaan dan pemilik pusat cuci kenderaan itu yang sepatutnya dipersalahkan dalam insiden ini.

“Nasib baik dia pukul, kalau saya, mungkin saya suruh pekerja itu berguling atas padang.

“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesyen pam minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan… hati pelanggan sejuk,” katanya. 

Kata Alu Aluan Untuk Majalah Sekolah Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 2015 - Dapatkan di sini

Berikut ialah kata alu aluan dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang Baru, iaitu Dato Seri Mahdzir Bin Khalid untuk pihak sekolah / sidang redaksi majalah sekolah seluruh Malaysia




PERMOHONAN ATAS TALIAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2016




Sukacita di maklumkan bahawa 
Sistem Permohonan Atas Talian ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia akan di buka mulai 15 Oktober - 15 November 2015. Sila klik di sini atau ke pautan eBerkala Portal KPM.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

kurang ajar minta seks dengan akak yang minta bantuan untuk anak sakit

Georgetown: “Akak nak bantuan kan, boleh tak ikut cakap saya, lepas akak ikut cakap saya, saya masukkan duit dalam bank akaklah. Kalau nak anak cepat sembuhkan, akak buatlah apa yang saya nak bolehkan, nanti akak siap buat, saya masukkan duit dalam bank akak.

“Akak gosok...tu bolehkan atau akak nak tengok anak menderita sampai bila-bila.” Itulah antara mesej biadab diterima ibu Muhammad Harith Aist Qusairi Mohamad Helmi, 15 bulan, yang menghidap sakit kekejangan otot dan lumpuh atau dikenali Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE), semalam.

Nor Hasmilia Abu Seman, 25, berkata, dia kecewa selepas menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada seorang individu tidak dikenali yang menyatakan mahu membantu tetapi meminta dia melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Saya tidak menyangka ada individu yang tergamak hantar SMS begini sedangkan kami hanya mohon bantuan atau sekurang-kurangnya doa orang ramai.

“Bimbang dengan SMS itu, saya dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) tengah hari tadi (semalam), ” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.

hmetro

video cara mengisi hrmis skt

Anda pegawai kerajaan? mahu isi hrmis online? tahukah anda cara mengisi hrmis untuk SKT anda?

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat cara cara mengisi Hrmis Online di sini saya sertakan video untuk penilaian skt anda



Laman rasmi hrmis untuk penggna Google Chrome, Mozilla : Hrmis2

Laman rasmi hrmis untuk pengguna internet explorer : Hrmisone

semoga ini dapat memudahkan kerja anda

selamat maju jaya